03 May 2009

Tragedi 1Mei2009

Tanggal 1Mei2009
Kira-kira jam 3 petang
Terciptanya sejarah.....

Dua kotak hitam kesayangan kami menemui ajalnya

*****

Kilat sabung-menyabung
Guruh berdentam-dentum

BooommmmmPooommmmm

Suatu cahaya putih
mewarnai kotak hitam kecil itu
kemudian seterusnya disusuli
dengan ketiadaan bekalan elektrik

Aku, Fara dan aSia
Tergamam terasa seperti
mahu gugur jantung ini tapi
kami 'cool' kan diri sahaja
Sayangnya moOn tak dapat
nak turut serta kerna sedang
selamat beradu melayan mimpi

Aku mendekati kotak hitam itu
menggunakan segala deria yang ada
membelek-belek bagi memastikan
tiada tanda kecederaan serius

"Takde bau apa-apa pun,
Tak nampak kesan terbakar pun,
Ok Takpe kita santai dulu"

Selepas rehat yang cukup
kira-kira 15 minit kemudian
Suis utama dihidupkan
Yeah, bekalan elektrik
kembali ada seperti sedia kala

Tindakan pertama,
Kami memeriksa keadaan 'notebook' yang sedang digunakan semasa 'lightning' tadi
Alhamdulillah, semuanya sihat

Tindakan kedua,
Aku 'on' semula plug suis kepunyaan kotak hitam itu
Alaaa, kedua-dua kotak hitam itu dah jadi bangkai tak bernyawa lagi
Secara automatik raut wajah kami bertukar muram tak ceria

Tindakan ketiga,
Aku terus membuat panggilan kecemasan 100
membuat aduan laporan kerosakan
"Sungguh tak sabar sekali," bak kata Mak.
Alhamdulillah, panggilan dilayan penuh etika
Yeah, penyelamat akan datang secepat yang mungkin!
Nantikan sahaja kedatangan penyelamat itu nanti, Ngeh3x.

Malam 1Mei2009
Buat pertama kalinya
kami menumpukan sepenuh perhatian
menonton segala 'movies' dan 'series' yang
dah lama disimpan sahaja dalam 'notebook'

Kalau tak, selalu masing-masing asyik
merayau dengan laman web masing-masing
Tapi kali ini semua pakat ramai-ramai
kongsi satu 'notebook' tonton segala
macam yang ada bersama-sama

Bagus juga tiada kotak hitam itu
takdelah aku, Fara, moOn dan aSia
buat hal masing-masing di malam hari
di samping dapat mengeratkan lagi
hubungan kami yang penuh warna-warni ini

Aku, Fara, moOn dan aSia
Ketawa-ketawa juga
Sedih-sedih juga
Tapi sebenarnya dalam otak masing-masing
tengah berfikir-fikir anggaran kos
yang perlu kami sumbangkan bagi
menggantikan kotak-kotak hitam itu

Aiyak!
Ah-long tolong kami
Kami tengah S.E.N.G.K.E.K
tapi kami perlu kotak hitam
itu dengan segera, Uhuk3x

0 nota kaki: