Tanggal 2Mei2009
Segala-galanya berlaku
dengan pantas dan efisien
Penyelamat kotak hitam membawa khabar gembira
*****
Jam seawal 9 pagi
Panggilan dari superhero diterima
Mujur ketika itu kami semua
dalam keadaan segar bugar
menanti dengan tenang
si penyelamat kotak hitam
Selang 15 minit kemudian
tibalah si penyelamat tersebut
membawa 'gadget' yang sepatutnya
Setelah membuat pemeriksaan lanjut
Memang dah 'confirm' komponen elektronik dalam
kotak hitam di bawah seliaan TM hangus terbakar
Penyelamat tersebut menggantikan kotak hitam
yang sudah menjadi arwah itu dengan yang baru
Yeah, internet sudah kembali seperti sedia kala
Wah, Sungguh pantas dan efisien sekali tindakan pihak TM
menghulurkan tangan memberi bantuan, bagus-bagus!
Apa yang 'best' mengenai kotak hitam yang dibekalkan
oleh pihak TM ini adalah 'its lifetime warranty period'
Dalam apa keadaan sekalipun jika sesuatu yang
tak diinginkan berlaku ke atas kotak hitam ini,
hubungi sahaja TM dan penyelamat akan datang
menggantikannya dengan yang baru tanpa sebarang caj
Sungguhpun begitu, kotak hitam itu hanya
menyediakan satu 'port' talian sahaja
Kami tak keruan juga kerna terpaksa pula
beratur menunggu giliran menggunakan internet
Yang merunsingkan kami adalah kotak hitam yang satu lagi tu
di mana sebelum ini kami menjalankan aktiviti masing-masing
tanpa perlu beratur berebut talian hayat, baru guna 3 bulan
Tapi disebabkan 'statement' ini
'This warranty does not cover any damage due to acts of God...'
terpaksa lah kami membuat belanjawan kira-kira bagi
menggantikan kotak hitam sendirian berhad yang rosak
hasil dari komponen elektronik juga hangus terbakar
Kami berbincang sepakat sebulat suara
Budget untuk kotak hitam tak boleh melebihi RM 200
sebab masing-masing tengah serius S.E.N.G.K.E.K
aku dan Fara menyediakan senarai 'possible'
kotak hitam yang akan kami takluki nanti
serta 'possible' lokasi pembelian yang
secepat mungkin akan kami jajahi nanti
dengan mengambil kira berbagai-bagai faktor juga
Operasi Laluan Pertama : Jusco AEON Tebrau
Kami menuju ke situ dengan alasan malas nak pergi jauh-jauh
Kononnya apa yang ada di depan mata, kita 'grab' sahaja
Ada dua kedai komputer di situ yang mana kedua-dua kedai menjual
kotak hitam yang kami inginkan dengan harga yang sangat tak munasabah
Wah, Banyaknya untung itu apek-apek amoi-amoi. Cancel!
Operasi Laluan Kedua : Taman Universiti, Skudai
(Haa di sini 'better' sikit sebab syurga belibelah 'gadget' pelajar)
Kami menuju ke situ dengan harapan kedai CytechSystem buka
sebab dulu beli kotak hitam dengan harga yang sangat murah
di samping kedai tersebut sungguh popular di kalangan pelajar
Alaa...CytechSystem tutup. Hampa!
Operasi Laluan Ketiga : Masih di Taman Universiti, Skudai
Kali ini kami terpaksa merayau-rayau sehingga 4-5 buah kedai
bagi mendapatkan potongan harga yang menarik hati dan jiwa
Alhamdulillah, apek-apek amoi-amoi semua 'cool' memberi kerjasama
AmazonTechnology menjadi lokasi pilihan, akhirnya kami tewas dengan
harga yang ditetapkan berdasarkan 'brand' yang berkenan di hati. Sentap!
Seterusnya bawa pulang segera ke rumah untuk
membuat konfigurasi dengan pantas dan efisien, Heehuu
Bak kata Fara,
"Semoga apa yang kita beli ni berbaloi walau kita dalam keadaan S.E.N.G.K.E.K"
Aku menjawab,
"Haah, Semoga kotak hitam kali ini sempat menabur bakti bertahun-tahun lamanya pada tuannya"
Di kala sedang S.E.N.G.K.E.K
kehilangan ratusan ringgit
amatlah terasa ketika ini
Haa tu la
Di kala poket sedang P.E.N.U.H
tak reti nak berjimat cermat
menyimpan untuk masa akan datang
Ish...Ish...Ish...
Teruk betul
Huhu
03 May 2009
Hari Yang Pantas dan Efisien : 2Mei2009
bicara hati ima pada 8:00 AM
Labels: Pengalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 nota kaki:
Skuad penyelamat TM umpama skuad penyelamat indah water. "sungguh pantas dan efisiennya". Neway:
mengeluarkan belanja tika
keadaan amat 'kesengkekan' memanglah terasa sengsaranya..moga diberikan cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
hehe..selamat hari buruh skuad TM..
sowi le xpat membantu hari tu...kurang pantas n effisien...
Skuad TM juga umpama Wonderpets, Huahuahua. TheMoralOfTheStory : Beringat-ingat sebelum terkena, Berjimat-jimat sebelum S.E.N.G.K.E.K. YangPenting kene sentiasa bersyukur, Heehuu. Thanks anyway ;D
Noproblemo awie. Takpe aku tak amik hati pun sebab i know u'r too busy currently, almaklumla kini sudah menjadi wanita bekerjaya. Hehe. Rindu laa nak naik KL, support aku awie...Ehek gurau je. Anyway thanks ;D
Post a Comment