08 February 2009

Cuci Otak

Kami punya karektor berbeza
Beliau banyak diam dan
Aku banyak cakap
Beliau serius dalam bicara walhal
Aku banyak main dalam kata-kata
Namun begitu,
Kami sangat akrab

Sewaktu zaman sekolah
Lelaki itu setia
menjadi tempat aku
mengadu masalah
meluahkan perasaan
berkongsi suka duka
mencari kekuatan untuk
terus cekal hidup
di dunia yang mencabar

Kini aku kian meningkat dewasa
jarang merujuk kepada beliau
merungkai segala persoalan

Kononnya
Aku tak mahu
membebani beliau dengan
perkara remeh-temeh kekeliruan
minda, hati & jiwa;
Aku mahu beliau meluangkan masa
untuk diri sendiri setelah sekian
lama memerhati perkembangan aku;
Aku kira aku sudah cukup layak
berdikari menjalani hidup aku sendiri;
Aku kira aku sudah matang berfikir
menyelesaikan masalah hidup aku sendiri;

Namun, aku silap kerna
di kaca mata beliau
aku seorang anak gadis masih
di bawah tanggungjawab beliau
Corak pemikiran aku masih mentah
Peribadi aku seorang perempuan
perlu dipelihara kerna
beliau yang akan menjadi wali aku

Kata-kata beliau
begitu terkesan
menusuk ke lubuk hati

"Belajar erti hidup susah!"

Semoga aku mendapat
cukup kebahagiaan
untuk membuat aku bahagia,
cukup cubaan
untuk membuat aku kuat,
cukup penderitaan
untuk membuat aku menjadi
manusia yang sesungguhnya,dan
cukup harapan
untuk membuat aku positif
terhadap kehidupan.

Yeay!

Akhirnya
Otak aku dicuci bersih
Kepala pun jadi ringan

Huhu.

2 nota kaki:

Rawiyani said...

dah ringan dah? hehe..moralnya,
jangan lupa si dia tu. Bakal wali
kamu nanti..penting tu..semoga kamu beroleh cukup kebahgiaan untuk bahagia,
semoga kamu beroleh cukup cubaan untuk kuat, semoga kamu menjadi manusia yang sesungguhnya dan positif...:)

ima said...

Skali skala dapat cuci otak, best jugak. Terapi minda & jiwa yg amat berkesan.
Huhu.

Btul tu.
"Walau di mana jua anda berada, hubungilah ahli keluarga anda"
Huahuahua.

Neway, thanks and always think positive to seek for the happiness!