11 February 2009

Rasaku ini Rasamu

Kepala berdenyut
Hati berdebar
Jantung berdegup laju

Kenapa eh
bendalir pekat berwarna
kuning dan merah itu
kerap aku ludah?
Mungkinkah ada luka dalam jiwa?

Huhu

Malas nak fikir
Harap tak serius

Lemah
Longlai
Lesu

Mata tetap tak mahu lelap
Rehatkan badan di ruang tonton TV
sambil membaca 'Power Protection'
Alhamdulillah akhirnya
berjaya juga tidur pada jam 4.30 pagi

Tiba-tiba


"Pelepekkkkk....."


Dahi aku ditepuk kuat
Tamparan hebat dari Mak

"Hishh... Nyamuk ni suka gigit orang," Mak bersuara

Aduh Mak... Sakit

Tapi Terima Kasih kerna
walaupun aku bukan anak kecil lagi
kau tetap prihatin tentang tiduran anak-anak

Automatik terus aku terjaga
toleh ke arah jam dinding

6.00 pagi

Alaaa.... sekejapnya aku tidur

Tak puas

Bila nak tidur lagi ni?

Uhuk

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah kau menahan sakitnya?

Huahuahua

2 nota kaki:

AsNiza said...

Salam..

Best la blog nie, byk puisi..:)
teruskan menulis..^^

ima said...

Salam kembali...

Hehe
Lots of crapping words actually.
Ayat caca marba yang saja suka suki.
Ngeh3x.

Anyway,
Thanks sis for the visit
dan anda juga slamat berkarya dengan penulisan yang segar ;D