alaaa......i'm missing two days
in writing nonsense stuffs here,
haha. almaklum laa cuti CNY kan.
anyway, penting sangat ke to jot down hari-hari?
penting. sebab this belog sudah macam open diary
of my daily life as long as the contents are not too
sensitive and i'm running it in a safe mode though.
wahaha!
apa yang telah berlaku pada dua hari yang lalu?
14Feb2010
tengah malam :-
tengah usha-usha coding sistem kuasa, tetiba bunyi mercun CNY sangat kuat! bunyi bom macam orang sedang perang. tetiba teringat orang-orang awam di bumi yang sedang dalam peperangan, Palestine. yang kat sini pun bila dengar bunyi bising dah tak tahan, macam mana laa agaknya kanak-kanak kecil di sana. kesian sekali.
pagi-pagi buta :-
masih kedengaran sayup-sayup mercun. khusyuk sangat pasang telinga dengar bunyi-bunyian indah sambil mata fokus melihat screen visual studio, tak sedar rupanya sudah melelapkan mata dengan jari jemari di atas keyboard seolah-olah dalam tidor pun jari masih menaip coding. heh.
siang :-
tidur sangat nyenyak lalu bangun pun awal. haha. hari ini macam rajin nak masak. heh, bukan hari-hari lain malas masak cuma tak berkesempatan untuk masak. sibuk, masa siang banyak habis di kampus, wahahaha! cover baik punya :p
jam 4petang jamie datang ke rumah, kitorang buka wayang tengok movie 'Ketika Cinta Bertasbih 2'. sangat mengagumi kekuasaan Ilahi tentang jodoh seseorang individu. kalau jodoh, insyaallah tak ke mana. benda wajib mesti ada pada setiap muslim; usaha, tawakkal dan doa berterusan. best-best!
malam :-
sambung buat homework. sambil tu usha-usha laptop munira. macam ada sesuatu yg tak kena. task manager, regedit, msconfig can't be accessed. baca forum sana sini. ingatkan admin change kat group policy windows. then, check punya check all settings are just fine. suspect mesti ada something yg dah kacau registry value which then not allowed admin to access that task manager, registry, system config utility. penat baca articles forum in order to fix them up. tido sambung esok.
15Feb2010
bangun pagi-pagi buat coding lagi. buat sampai dapat nilai yang memuaskan hati. hurm, nak check dengan teman-teman sekuliah. diorang tengah syok bercuti. tak kan nak kacau kan. sob3x. so letak tepi jap assignment tu. sambung cari melilau-lilau on how to fix munira punya laptop ni. memang sangat penat, baca forum yang sangat banyak. cuba pun banyak jugak. sampai malam mengadap mende ni aje. penat-penat. tapi berbaloi. heh, pasal sudah ditemui solusinya. angkara cacing dan trojan rupanya. cacing ni jahat, dia tak dapat dikesan melalui antivirus so kena findout guna HijackThis. ape mende tu HijackThis? so kena laa google what is all about and how to read the log file to determine which info line that need to be fixed. bukan setakat itu saja, kasi pasang itu antimalware software pulak to look on cacing atau trojan kejam itu. nah, kita hapuskan dia segera. wahaha! nasib baik tak perlu reformat. phew, lega" tak sia-sia mencari di google. heh, suka-suka! berjaya hapuskan percubaan menggodam sistem kira-kira jam 1200 tengah malam iaitu pada 16Feb2010. serius otak sangat penat sebab banyak sangat membaca, cehh ayat poyo. wahaha!
ok laa cukup setakat di sini.
pagi ni jam 900am ada kelas jahitan.
ingat, sila bawa gunting! pen dan buku.
kain dan mesin jahit semua disediakan, bagus kan?
heh :D
0 nota kaki:
Post a Comment