16 December 2009

caiyok!

Insyaallah,
I've decided to take
these three subjects
for my final semester:-
1) Analisis Sistem Kuasa dan Metod Pengkomputeran
2) Teori Sistem Linear
3) Penggerak Elektrik
plus an ultimate Projek Akhir Tahun

Tetiba sounds wierd pulak
bila aku alihbahasa in BM.
HeeHuu.

aku tau.
takde siapa yang dapat menolong kita melainkan usaha kita dan kebergantungan kuat kita pada Allah saja. Masa pergi sangat pantas sehingga kadang-kadang kita alpa untuk sentiasa memperbaharui niat dan memperbaiki diri. Kenapa ya kita selalu leka? Astaghfirullahalazim.

aku dah nampak macam-macam orang depan mata aku dengan macam-macam ragam. ada yang sejuk mata memandang. ada yang cantik serba-serbi. ada yang manis ikhlas bicara. ada jugak yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang. ada yang cool. ada yang sensetif. ada yang depan kata lain, belakang kata lain. ada yang pakaian macam pengemis tapi punya akhlak budiman. ada saja yang kaya tapi humble. ada yang walaupun tak berkelulusan universiti tapi daya intelek superb kerna rajin membaca meningkatkan ilmu berasaskan pengalaman. ada yang tak sangka cakap macam rockers tapi amat mementingkan amal ibadat. ada jugak yang kuat cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lain. ada yang belajar tinggi-tinggi sehingga meninggi diri. ada yang tutur kata sopan lembut aje, tapi hobi masa lapang mencopek. ada yang sangat lovely. ada yang mentang-mentang muka macam penyangak tapi selalu aje dituduh buat benda jahat (isk3x...kesian). ada yang muka bersinar-sinar macho dan ayu berjaya mengabui mata orang lain dengan sogokan wang ringgit takpun pandai berhelah untuk menyembunyikan kerja-kerja tak suci (isk3x...tak patut). ada yang dah dapat hidup senang then lupa diri. ada yang takde rasa malu dalam diri. ada yang berbakat besar tapi pemalu yang amat. ada banyak lagi yang boleh disenaraikan actually. mungkin salah satu karenah manusia tersebut mencerminkan keadaan diri aku sendiri tak kira samada aku sedar atau tak.

semakin lama aku hidup di dunia milik Allah, semakin banyak kesilapan yang telah/bakal aku buat. mungkin. semakin banyak ragam kehidupan yang aku tau, semakin aku takut untuk berjalan di atas muka bumi Tuhan. Even though i'm afraid of sumthin', i've to admit that life must go on. aku perlu berusaha untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

caiyok!

0 nota kaki: