18 July 2009

Mak saya garang? Oh...Tidak!

Aku baru saja pulang dari membeli makanan di Medan Selera Kg. Melayu, Majidee.

Semasa aku sedang menunggu pesanan makanan siap, tetiba ada seorang ibu agak kasar memarahi anaknya di khalayak ramai. Budak perempuan tu kecil lagi, aku agak dalam 4-5 tahun camtu laa. Adik tu mengadu dengan ibunya yang dia rasa nak muntah dan tak semena-mena si ibu tu meradang sambil menolak-nolak badan budak kecil tu, "Kau jangan nak muntah-muntah kat sini pulak. Jangan malukan aku eh... Aku suh kau jilat nanti muntah tu!"

Hurm... Kesiannya adik tu. Dalam keadaan muka blur-blur macam tak berapa nak sihat, ibu dia tengking camtu pula. Sedih je aku tengok muka adik tu bila ibu dia cakap camtu. Orang yang sedang makan kat situ pun sempat menoleh ke arah dua beranak tu. Mana taknya, kuat gila si ibu tu tengking anak dia. Muka adik tu bertukar sugul. alaaa... sedihnya. Si ibu tu memang slumber kot, tapi aku macam sukar pula nak terima keadaan tu. Kesian laa kat adik tu. Kenapa ibu dia nak marah-marah sampai camtu skali?

Tapi tu laa, susah juga aku nak komen lebih-lebih pasal insiden tadi. Setiap orang ada cara tersendiri camne diorang treat anak-anak. Sesetengah ibu ayah bahasakan diri dengan anak-anak 'aku,kau', ada yang bahasakan 'i,you', dan ada juga bahasakan diri as 'ayah,abah,abi,papa,mak,ibu,mama,ummi'. Ibu ayah juga ada memberi panggilan kepada anak-anak seperti along, angah, abang, kakak, adik, sayang, manja, baby dan macam-macam lagi laa.

Hehe... tapi mak aku tak pernah bahasakan dengan anak-anak, 'aku,kau'. Tu yang macam terkejut sikit bila dengar si ibu tu marah anak dia camtu, uhuk. Mak tak pernah menggunakan kata-kata kesat terhadap kami semua walaupun mak dalam amarah yang memuncak. Mak selalu soft-spoken je. Mak selalu lembut je. Mak tak laa garang sampai herdik anak-anak depan khalayak ramai. Mak pantang tengok anak-anak dia sakit-sakit, mesti beliau care gila-gila. Kalau kitorang termuntah kat mana-mana, mak tak marah pun malah beliau sangat-sangat risau. Aku selalu juga terpecahkan pinggan mangkuk mak, aku bukan main takut lagi kalau-kalau mak marah. Tapi sebaliknya mak cakap,
'Takpe laa, dah takde rezeki. Menda dah nak jadi, nak wat camne. Dah-dah, bersihkan je tempat tu. Baik-baik kaca, jangan sampai luka.' Mak memang baik. Tahap kesabaran mak tinggi, selalu je ber-alah dengan perangai anak-anak yang agak nakal ni.

Aku sangat sangat sangat sangat sangat sayang mak!

Eh aku macam dah tersasar je ni. Ok, berbalik pada cerita si ibu dan adik tadi. Tak kisah laa bahasa apa pun yang digunakan dalam kehidupan seharian among family members dan sekasar mana pun ibu ayah kita, aku yakin mereka tetap mengasihi anak-anak dengan memberi cukup makan minum pakai tempat tinggal pendidikan semata-mata mahu anak menjadi insan berguna kelak. Tapi cuma tahap teguran terhadap anak-anak tu aku rasa perlu bersesuaian dengan peringkat umur anak, selain mengambil kira faktor perkembangan emosi anak-anak.

Terima kasih mak, dan tak lupa juga ayah.

Sekian, terima kasih.

0 nota kaki: