07 June 2009

Absolute Boyfriend

Aktiviti Hari Ahad ini
Sempena Cuti Sekolah

i
Nak keluar rumah ajak
mak jalan-jalan macam
tak dapat je sebab mak
kena pergi majlis kahwin
anak kawan-kawan dia.
Seperti biasa kitorang
tak ikut sebab macam
takde kena mengena je.

ii
Pastu nak keluar rumah
pujuk aSia dan moOn
pergi meronggeng kejap
macam takde sambutan
je sebab diorang khusyuk
mengadap TV dan laptop.

iii
Nak keluar rumah dengan
teman berdekatan macam
tak kesampaian je sebab
diorang dah ada acara lain.

iv
Pastu kalau nak keluar
rumah sorang-sorang
tanpa arah tujuan macam
tak best dan bosan je nak
ronda-ronda kat kawasan
JB ni sebab asyik-asyik
lepak kompleks beli belah
yang sesak lagi bising & sibuk.

v
Sekali sekala nak juga keluar
rumah pergi tempat-tempat
eksotik lagi mendamaikan
contohnya hutan rimba ke
pantai ke laut ke tapi macam
tak tahu jalan je nak ke sana.

Huhu.

Last skali,
lepak bersama aSia dan moOn.
Kitorg habiskan masa dengan
menonton drama bersiri Jepun.
Mula-mula tengok kat 8TV
cerita Jepun tu sebab baru
Episod 1 ditayangkan kat TV.
Pastu sambung pula tonton
kat MySoju, ni yang payah ni
kalau dah start follow drama
bersiri lagi-lagi dari Jepun ke
Korea ke mesti tak boleh henti.

Drama bersiri Jepun ni best
sikit dari Korea sebab banyak
unsur-unsur yang boleh memberi
motivasi kepada kita as penonton.
Dialog-dialog seperti "Ganbatte Ne"
mesti ada dalam setiap drama Jepun.
Jalan cerita pun agak realistik beserta
kecanggihan teknologi yang superb dan
takdela tema chenta budus2x semata!
Boleh dikatakan balance laa antara
cita-cita diri sendiri yang berkobar2x
dalam mencapai suatu kejayaan
dengan kisah cinta personal life.

Haaa.

Lets watch Zettai Kareshi!

Enjoy ;D

0 nota kaki: