Kalau dulo masa zaman sekolah
Mak selalu teman tengah malam
membantu hal kira-kira kerja
matematik yang diberi oleh cikgu
Tengah malam ini giliran aku pula
teman mak buat kerja kira-kira
Ngeh3x
O0o rupa-rupanya selama ini
Mak ada buku lajur kira-kira
menguruskan perbelanjaan
keluar masuk seharian kami
Sungguh sistematik sekali
Sori mak,
Anak mak ni tak berapa nak tahu sangat
bab-bab pengurusan perbelanjaan rumah
Anak mak setakat ni hanya tahu guna saja
Uhuk
Takpe erk mak,
Walaupun anak mak ni tak banyak membantu
kerna tak faham sangat apa yang dikira-kira,
Anak mak ni sudi pinjamkan telinga dengar
keluhan rintihan hati mak. Pun ok juga kan
Miahak3x
Kalau lah aku mengambil jurusan
akauntansi dulu mesti kerja mak
dapat aku selesaikan dengan mudah
(Tapi buat apa nak dikenang masa lampau
yang tak mungkin kita putar kembali kan?
Isk3x... Tak patut... Tak patut aku
kenang kenangan silam yang dah basi)
Mak cakap
"Dalam urusan dunia kita kena amanah"
Teringat kata-kata angah
"Jika kita punya sedikit harta, gunakanlah
di tempat sepatutnya yang bermanfaat.
Nanti bila dah bekerja jangan lupa bersihkan
rezeki yang kita peroleh dengan bayar zakat"
Ok
Kembali pada masa sebenar
Mak tengah memerah otak seolah-olah esok
mahu menjawab kertas peperiksaan SPM
Prinsip Akaun yang telah aku ambil 7 tahun lalu
Sementara aku hanya memerhati sambil
mengangguk-angguk seolah-olah mengerti
tapi sebenarnya dengan niat nak ambil hati
Ngee...Hee...
Oh agaknya ini kott
Episod 1 : "Hulurkan Tangan, Ringankan Beban"
Ngeh3x
Mak, tak mengantuk ke?
Hehe
Jom Tido ;D
14 May 2009
Pinjam Kalkulator, Boleh?
bicara hati ima pada 2:05 AM
Labels: MerapuMeraban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 nota kaki:
Post a Comment