30 May 2009

Perlu Serius Bertempat

Baru-baru ini macam-macam kejadian
yang tak disangka-sangka menimpa diri
Aku nak mengadu pada teman-teman
tapi pabila berhadapan dengan mereka
mesti hasrat aku terkubur begitu sahaja

Hurm...

Selalu jadi macam tu.

Nota penting yang sudah aku sediakan
untuk meluahkan rasa isi hati selalu
saja tersimpan semula dalam hati

Setiap kali bertemu dengan teman-teman
automatik aku jadi ceria-aktif kembali
Lambakan cerita kisah suka duka mereka
membuatkan aku lupa sejenak apa
yang tersirat dalam kotak hati aku

Kebiasaannya macam tu lah,
Tujuan utama nak berjumpa atas sebab lain,
tapi akhirnya lain pula yang aku dapat.

Hehe.

Takpelah.
Walaupun mereka tak berkesempatan nak
mendengar luahan perasaan isi hati aku,
Yang penting selepas pertemuan penuh
gelak tawa tu aku dah berjaya lupakan
masalah yang menghantui diri ini!


Tapi kan kadang aku sendiri tertanya-tanya

Kenapa senang sangat masalah aku berlalu begitu sahaja tanpa ada
sedikit pun jalan penyelesaian dari buah fikiran seorang teman?

Hee...

Lagipun masalah aku ni apa lah sangat jika nak
dibandingkan dengan cerita hati teman-teman.
Best lagi dengar kisah perchentaan mereka.

Ngeh3x.

Bak kata adik aku,
"Alah, simpan je lah probs kakak tu. Its just small matter je! Orang nak dengar pun cam nak tak nak je. Haha"

Uwarghhh

Aku ada masalah
1) Kereta nak kena hantar ketuk masuk bengkel. Camne nak deal ngan apek so that tak kena tipu? Huhu
2) Duit simpanan tinggal cukup-cukup makan. Nak mintak kat mak, Segan! Sugardaddy takde. Aiyak
3) Tetiba sejak kebelakangan ni, aku ditegursapa oleh teman-teman yang sekejap timbul sekejap tenggelam ataupun lebih dikenali sebagai teman-teman biskut chipsmore. Konpius, tertanya-tanya sambil tersenyum kehairanan. Kenapa ya? Huahuahua

See...
Masalah remeh temeh camni,
memanglah orang tak nak layan.

Bak kata Nabil, "Lu pikir laa sendiri!"

Kuang3x

2 nota kaki:

awie said...

berat atau tak masalah seseorang tu bdasarkan keadaan diri mereka sendiri...

-bab apek tu ko bw le some1 yg teror bab2 keta...
-n for the economic tu, ko keja smbilan time cuti ni..

ckp senang nk realisasikannya payah

n
apa y penting

percaya pd Allah

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. " surah al-talaaq:ayat 3

ima said...

1)Ntah tatau nak angkut sape. abang aku sumer kt KL, Sob3x. Hurm...xpelah aku survey by my own at the moment, mana laa tau aku ni sbenarnya teror bab2 keta ni. Miahak3x.
2)Tu laa, harap2 economic crisis tu will be solved shortly, Hehe.

Ehee

Neway, thanks ;D