Hari ini ada kenduri kahwin berdekatan dengan rumah. Kenduri kahwin anak Cik Ponn nampak macam meriah kerna banyak kereta bersimpang siur di setiap bahu jalan yang ada. Seperti biasa jam 12 tengah hari, dalam keadaan sedar segar bugar aku menghidupkan enjin Ms. Blacky untuk menghantar aSia ke tempat tuisyen yang jauh nun di Taman Tasik.
iMa : aSia, banyaknya kereta kat depan umah kita.
aSia : Haah laa kakak. Besar2 pulak tu.
iMa : Tau takpe. Hadoi.
aSia : Takpe2, nanti adik tengok kan line clear ke tak.
iMa : oK. Cunn.
Aku mengundur ke belakang dengan penuh hati-hati dan cukup cermat.
Memang aku pasti tiada kereta lain sibuk lalu lalang di belakang ketika itu.
Tetiba,
Pinnnnnnnnnnnnnnn!! Pinnnnnnnnnnnnnnnn!!
aSia : Kakak!!!
iMa : Alamak. Sejak bila ada kereta pulak kat belakang ni?
aSia : Kereta tu baru je sampai. Dia yang salah sebab memang terang2 nampak kakak tengah reverse, then sibuk nak parking gaks kat tempat sempit2 camni.
iMa : Alaaaaa. Malangnya nasib. Hadoi.
Aku pun melangkah keluar dari kereta tengok betapa teruk kecederaan sebuah Proton berwarna perak yang kabur itu. Sambil belek2 kereta si empunya kereta, sempat aku belek2 si empunya kereta skali.
Bisik nakal aku dalam hati.
Ghairah betul budak ni memandu agaknya. Padanlaa tak reti nak agak2, baru lesen P. Huahuahua
Kanak-kanak : Camne ni kak? Kemik pintu belakang kereta ni.
iMa : Eh Serius... Tadi memang betul takde kereta kat belakang. Tak perasan pun kereta awak lalu. Masa awak lalu nampak tak kereta nak undur?
Kanak-kanak : Saya baru je sampai nak parking kat sini tapi akak yang tak perasan.
Pertanyaan aku tak dijawab. Memang betul lah ni, sah kanak-kanak. Huhu.
iMa : Ok camni. Kita anta ketuk je la erk. Sikit je kan.
Sedang aku berdiskusi dengan kanak-kanak ini, mak dia pula datang.
Ibu kanak-kanak : Haa! Kenapa ni? Awak tak nampak ke anak saya tengah nak parking kat sini?
iMa : Maaf cik, memang tadi saya undur konpem takde kereta kat belakang.
Ibu kanak-kanak : Hish... Mana ada, awak tu yang tak nampak main undur je. Haa, ni nak kena anta ketuk ni walaupun sket je kemik.
Boleh tahan juga mulut ibu kanak-kanak ni ala2 bising2 gitu. Tak aci, main mak-mak pula untuk tutup kesalahan sendiri. Kemik takde banyak mana pun tapi yang tak tahan dengar bebelan tu. Huish, terkejut aku lalu tunduk malu dalam keadaan cuak tak reti nak berbalah. Mujur ada susuk iron lady ketika itu merungkai segala permasalahan.
Mak Ngah : Kenapa tu?
iMa : Eksiden sikit. Mak Ngah tau tak kat mana tempat anta ketuk?
Mak Ngah : Ada satu bengkel, kawan Mak Ngah tapi bengkel tutup ari Ahad. Jap2 Mak Ngah keluar tengok.
iMa : Sori Mak Ngah, menyusahkan.
Mak Ngah : Ooo sikit je ni, takpe2 anta ketuk kat bengkel kawan saya. Amik nombor telefon saya, sok pukul 930 pagi kita sesama pi bengkel.
Ibu kanak-kanak : Ok.
Alhamdulillah.
Aku yang terkulat-kulat kat situ kembali senyum.
Wow.....Tekesima aku melihat gaya Mak Ngah berunding menyelesaikan masalah yang small matters je ni. Memang masalah kecil pun tak perlu nak dibebelkan panjang lebar. Huhu. Thanks alot bangat Mak Ngah!!! I really adore this iron lady, cool & steady handle such situation. A great thumbs up for mama Jamillah ;D Mak takde at the moment so tak dapat nak join venture, Hoho.
Pengajaran :-
- Anda perlu lebih berhati-hati, teliti dan cermat memandu kenderaan pada masa akan datang.
- Jangan ghairah sangat dengan lesen P yang anda miliki. Awasi jarak selamat kenderaan anda!
- Kepada sesiapa yang mahu tumpang parking kenderaan di kawasan tanah tuan punya rumah, sila ambil kira keselesaan pergerakan keluar masuk tuan punya rumah tersebut. Jangan menghalang pergerakan lalulintas jalan raya. Jangan parking ikut sesukasuki hati sahaja, tempat sempit pun nak parking juga. Hadoi.
- Jika anda dalam keadaan panik, jangan banyak bicara. Sesuatu masalah itu perlu diselesaikan dengan cara berhikmah bukan diselesaikan dengan cara leteran tak henti2. Uhuk.
Masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiran
Aku tak rasa kesan kemik tu disebabkan Ms. Blacky. Kalau kesan calar kat pintu depan kereta dia tu mungkin ya! aSia pun fikir begitu juga. Adoiyai, adakah aku telah menjadi mangsa penipuan? Ehem... takpelah dah nasib badan, terima je lah.
Esok mahu ikut ke bengkel untuk estimate brape harga ketuk. Harap tak mahal. Aiyak!
Aku tak rasa kesan kemik tu disebabkan Ms. Blacky. Kalau kesan calar kat pintu depan kereta dia tu mungkin ya! aSia pun fikir begitu juga. Adoiyai, adakah aku telah menjadi mangsa penipuan? Ehem... takpelah dah nasib badan, terima je lah.
6 nota kaki:
sabar je lah....Kalau dia tipu ko ..sok lusa sure dapat balasan yang sama gak.Tak kat dunia , akhirat nnt dapat gak.
Tula
Tetiba selepas tamat rundingan,
aku dan aSia recall balik kejadian tu. Secara logiknya, tak mungkin kereta dia kemik hasil ciuman slow aku tu. Kalu kesan calar kat pintu depan kereta dia, mungkin ya aku pelakunya. Hoho. Yang pasti aku dah cium dia dari belakang, so I have to responsible in all those circumstances.
Harap2x tak mahai. Uhuk!
Shhh...
Jangan bitau mak aku, dia tatau.
Huahuahua
exciden lg??
sabar jela..
tabahkan diri ya..
salute sama mak ngah..
Haah
Eksiden depan rumah
Kesannya trauma ketika mau undur kereta, mesti tengok bepuluh2 kali pastikan selamat tiada kenderaan. Huhu
Anda juga, Berhati2 di jalan raya bersama Saodah.
Miahak3x
hehe..
gua mmg bangga dgn mak ngah..sbb dia bundaku..hehe..
ha'ah kan..kadang gua bengang dgn ibukanak-kanak..cuma anak org lain je salah..anak dia je betul..selidik dulu..aleehai..bosan kalu kena deal dgn org mcm ibukanak-kanak..
babe..
miss u..
ahha...
betul5x ;D
Kanak-kanak belum tuntut haknya lagi
Berdebar2x juga tunggu ni
Uhuk
Miss u too dear
Take care!
Post a Comment