26 February 2009

Empat Isteri dan Satu Jiwa

Kelas Prof. Abdullah memang tak pernah ketinggalan dengan cerita jenaka. Perwatakan agak lurus mencuit hati namun setiap cerita dalam nada jenaka beliau pasti ada mesej berkaitan kehidupan.

Bila ditanya,
'Nak tengok slideshow 4 isteri?'

Mata laki-laki automatik tebeliak
Telinga laki-laki automatik capang
Well, boys always like to hear about it.
Maka tak hairan bila sebut saja pasal 4 isteri,
Semua dengan pantas menjawab
'Ok Prof, proceed'

Barisan perempuan hanya mampu mengukir senyuman
Senyum tawar ke Senyum kelat? Tak Pasti, tapi Yang Pasti
Melihat aksi laki-laki bukan main suka lagi mereka termasuklah Prof. Abdullah

Huhu

**********

Kisah seorang saudagar kaya yang mempunyai 4 isteri.

Isteri ke-4
Beliau amat cinta akan isteri yang ke-4 dengan memberi pelbagai hiasan mewah dan juadah yang lazat. Beliau sangat mengambil berat akan isterinya ini dan memberi segala yang terbaik buat isteri yang amat beliau cintai.

Isteri ke-3
Beliau juga amat cinta akan isteri yang ke-3. Beliau begitu berbangga mempunyai isteri seperti ini dan sentiasa memperkenalkan isterinya ini kepada rakan-rakannya. Bagaimanapun, saudagar juga selalu berasa takut yang isterinya ini berkemungkinan akan lari bersama lelaki lain.

Isteri ke-2
Beliau turut mencintai isteri yang ke-2. Isterinya ini merupakan seorang yang bertimbang rasa, sentiasa bersabar dan menjadi tempat mengadu saudagar. Apabila saudagar berdepan dengan masalah, beliau selalu merujuk kepada isteri ke-2 dan isteri yang dicintainya ini akan selalu membantu berada di samping beliau ketika waktu susah.

Isteri Pertama
Isteri pertama saudagar ini merupakan seorang yang setia dan banyak memberi sumbangan (tunggak utama) kepada beliau dalam mempertahankan kekayaan dan perniagaan serta menjaga hal-hal rumah tangga. Akan tetapi, saudagar tak mencintai isteri yang pertama walaupun cinta isterinya ini kepada beliau begitu mendalam. Saudagar seakan tak sedar (tak peduli) bahawa isteri pertamanya amat mencintai beliau.


Suatu hari, saudagar ini jatuh sakit. Beliau tahu yang beliau akan mati tak lama lagi. Beliau sempat berfikir tentang kekayaan yang dimilikinya dalam hidup dan bermonolog sendirian
'Kini aku ada 4 isteri. Tetapi bila aku mati, aku akan bersendirian. Sungguh sepi sekali aku keseorangan!'

Lalu beliau bertanya kepada isteri ke-4
'Awak isteri saya yang paling saya cinta. Saya memperhiaskan awak dengan pakaian yang paling bagus dan amat menjaga kebajikan awak. Sekarang, waktu kematian saya hampir tiba. Mahukah awak menemani saya?'
Isteri ke-4 menjawab lalu pergi begitu sahaja tanpa sebarang perkataan lanjut
'Tidak sama sekali!'

Jawapan yang menghampakan itu melukai hati saudagar.

Beliau amat sedih sekali lalu bertanya kepada isteri ke-3 pula.
'Saya amat mencintai awak dalam semua isteri-isteri saya. Sekarang, waktu kematian saya hampir tiba. Mahukah awak menemani saya?'
Jawab isteri ke-3.
'Tidak! Kehidupan saya amat bagus di sini. Maaf, bila awak dah mati nanti; saya mahu berkahwin lain.'

Satu lagi jawapan yang membuatkan hati saudagar hancur berderai.

Kemudian, saudagar bertanya pula kepada isteri ke-2.
'Saya sentiasa bersama-sama awak berkongsi suka duka dan awak selalu membantu, memberi semangat kepada saya. Sekarang saya mahu bantuan dari awak. Waktu kematian saya hampir tiba. Mahukah awak menemani saya?'
Jawapan isteri ke-2.
'Maaf, sayang. Saya tak dapat membantu awak kali ini. Saya hanya mampu menemani menghantar awak cuma ke tanah perkuburan.'

Jawapan yang sekali lagi mengecewakan saudagar.

Tiba-tiba satu suara kedengaran,
'Saya tak akan tinggalkan awak. Saya akan bersama-sama awak walau ke mana awak pergi'

Saudagar mencari arah suara itu dan alangkah terkejut beliau mendengar jawapan sebegitu dari isteri pertama. Lebih memeranjatkan lagi, beliau melihat keadaan fizikal isterinya itu. Isteri pertama saudagar kini sangat kurus tak bermaya hampir menderita kerna kekurangan zat makanan.

Dalam nada sedih saudagar berkata,
'Saya sepatutnya memberi penjagaan yang amat baik ke atas awak dulu. Jika masa dapat diputarkan semula, pasti saya akan menyayangi awak sepenuh hati. Maafkan saya, sayang. Saya gagal!'

**********

Haaa... kali ni kami semua saling berpandangan.
Yang laki-laki nampak macam kesal je, terasa diri tamak mungkin.
Yang perempuan tak habis-habis geleng kepala, turut simpati dengan nasib isteri pertama itu mungkin.
Aitt... Prof Abdullah senyum lebar pulak sambil berkata
'Tak salah lelaki nak beristeri 4, itukan mengikut sunnah. Tapi pastikan kamu betul-betul mampu, adil dan saksama'

Kemudian, beliau sambung dengan slide seterusnya.....


Jeng...Jeng...Jeng

**********

Yang sebenarnya dalam hidup, kita semua ada 4 isteri.

Isteri ke-4 adalah anggota badan kita. Tak kira sebanyak mana masa, wang dan usaha kita habiskan dalam menjaga tubuh badan kita untuk kelihatan bagus; ianya akan bercerai jua dengan kita pabila kita mati kelak.

Isteri ke-3 adalah kedudukan, status dan kekayaan kita. Apabila kita mati, semuanya akan beralih ke tangan orang lain.

Isteri ke-2 adalah famili dan rakan-rakan kita. Walau serapat mana pun kita bersama mereka ketika masa hidup kita, paling jauh mereka boleh menemani kita adalah sehingga ke tanah perkuburan.

Isteri Pertama adalah sesuatu yang kita tak boleh nampak iaitu JIWA kita. Jiwa yang kerap kali kita abaikan dalam mengejar kemewahan dan nafsu sendiri. Walaupun hakikatnya kita tahu yang jiwa adalah satu-satunya yang akan menemani kita walau ke mana kita pergi. Mari kita sama-sama memperkukuhkan jiwa nurani mulai sekarang daripada dibiarkan sahaja sehingga kita menyesal meratapinya di saat kematian nanti.

**********

Huhu

Pertama kali dengar cerita sebegini
Kami masing-masing saling, 'Whoaaaaaaaa.....'
Kagum dengan kata-kata akhir slideshow tersebut

'Prof, ada berapa isteri Prof?'
Satu suara nakal kedengaran...
Hehe...

Prof. Abdullah memberi senyuman berharga ;D

2 nota kaki:

andenda said...

sayang erk ko ngan ProF Abdullah ko...hehehhe..panjang kot entry ko kali ni...^^

ima said...

Hee...
Prof. Abdullah, lecturer kesayangan kami semua ;D

Ooh haah... Panjangla pulak, pasni nak kene cutoff words laa
Sambung bermadah pulak
Ngeh3x