Tercipta seribu satu cerita yang tak sama
mengoyak keberanian cuba menghentam kecekalan
dalam menjawab segala persoalan
yang bermain-main di kotak fikiran
Keraguan itu datang lagi
Takut terhakis keyakinan
bermain dengan perasaan;
Takut hilang kepercayaan
dengan matinya janji setia;
Takut menerima kata yang tak tulus
walau sedia memberi hati yang ikhlas;
Takut kelembutan dalam ketegasan
kelak memakan diri sendiri;
Bila bergelumang dengan hal yang tak pasti
Adakah sia-sia atau
sememangnya itu adalah ilmu kemanusiaan?
Di satu sudut
tajam melihat ke hadapan
impikan keindahan dalam kehidupan
Adakah bahagia di kemudian hari atau
penyesalan yang akan menanti?
Tak Pasti
Perjalanan ini masih panjang
Harapan...
Mahu tetap berjuang demi mimpi
Tak mahu menyerah dengan derita
Mahu menanti keindahan cinta hakiki
dengan bertanya pada hati yang tak pasti
Mencari suatu kepastian walau
sehingga aku tertidur dan tak terbangun lagi
Insyaallah
Hal yang tak pasti tentu ada jawapannya
Tanpa lelah terus sujud di tikar sejadah dan senantiasa berdoa
serahkan pada Allah Yang Maha Kuasa untuk
memberi petunjukNya demi kepastian itu
Jangan berputus asa dengan suatu yang Tak Pasti!
10 January 2009
Tak Pasti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 nota kaki:
heeemmmmmm......
ada apa gerangan????
mampir-maampir yah
ada apa gerangan?
I'm jus a norm person yang suka Bicara Tentang...
Huhu
Anyway, Thanks to visit this blog
Post a Comment