Mak dan aSia
tekun menonton Slot Cerekarama TV3
tentang kisah perjalanan 5 orang anak muda
lepasan SPM dengan pelbagai karenah ketika
menjalani Program Latihan Khidmat Negara
Sekali-sekala kedengaran gelak-tawa dari Mak dan aSia
KahkahkahWakakakaHakhakhak
Aku sangat gembira melihat mak akhirnya kembali
bangun mampu mengukir senyuman di kerut wajahnya
Dalam kegirangan malam, kedengaran aSia
mengomel melontarkan kutukan membina pada sang pelakon layar
Senget laa dia tu...
Aku tersenyum tatkala mendengar kosakata yang digunakan aSia,
lalu bertanya
Apa yang senget aSia?
Ni haa... pelakon dia sumer senget2. Klakar laa citer ni.
Aku senyum lagi mendengar perkataan 'senget' yang
terkeluar dari mulut aSia. Bahasa baru anak zaman 90an.
Tetiba terkenang kembali bahasa yang aku dan rakan
sepermainan dulu gunakan di mana kami merupakan anak era 80an.
'sengal' mungkin boleh disamaertikan dengan 'senget'
Dua perkataan berbeza dari dua generasi berlainan
dengan membawa maksud yang sama
Huhu.
Seronok juga menyelami dunia remaja aSia
Macam-macam perkataan pelik aku pelajari
Senget (Bahasa terkini)
Gila kentang (Bak kata aSia, bahasa basi. Aku ketinggalan)
...Nokk...Dokk (Aku tak berapa berkenan dengan bahasa ni, sungguh kurang sopan bunyinya)
Maju...seyh! (Dah biasa dengar, perkongsian bahasa dua wilayah; JB dan Singapura)
Kakak, nak belajar lagi tak?
Best jugak ni. Ada banyak lagi ke?
*wink*
aSia senyum nakal
Aku pun ikut senyum juga
*wink*
Miahak3x
Sedang sakan berborak
tengok-tengok mak dah pun asyik dibuai mimpi
Penat agaknya dengan celoteh kami hari ini
Kami saling berpandangan
Syukur bersama senyuman
31 January 2009
Bahasa Pujangga aSia
bicara hati ima pada 12:00 AM
Labels: Pengalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 nota kaki:
tu belum masuk bahasa dewa dewa lagi tuh :D
Wah, bahasa dewa dewa...
macam interesting je, Huhu~
Post a Comment