24 December 2008

Monyet Girang

"Monyettttttttt"

Jeritan aSia dari belakang rumah memberi kejutan
Aku bergegas lari ke belakang
Lihat apa yang berlaku


aSia tidak keruan

Niat murni untuk membuang sampah
Terbantut.. dengan kehadiran


Sang Monyet kacak
Bermain-main di ampaian baju
Lompat keriangan
Sehingga kepenatan

Berbaring di atas tanah









Hahahaha...


"Its
just a monyet aSia, Tak makan orang pun"
pujuk aku.


"Banyak laa kakak, memang laa tak makan orang

Tapi cuba tengok tu dia main baju adik"


Geli...


Mak mencelah.

"Dari mana pulak datangnya monyet sesat nih?

Kenapa laa rumah kita juga jadi sasaran...

Ganggu orang nak buat kerja betul"


Hehe.

'orang' is refer to aSia sebab kerja dia buang sampah


Kami bertiga dengan segera
mencapai senjata sebagai perisai pertahanan

Penyapu Lidi; Penyapu batang & Penyodok sampah

Peralatan lengkap untuk kerja-kerja pembersihan

Tapi kali ini digunakan untuk
menghalau
Sang Monyet yang sedang bersuka ria


Shhuh...Shhuuh...Shhuuh
PERGI KAU DARI SINI, MONYET JAHAT!!!

Pelbagai aksi ala-ala shaolin kungfu kami persembahkan
Tanpa berani cuba mencederakannya
Namun Sang Monyet tetap leka tanpa rasa gerun
Malah pelik mungkin melihat manusia beraksi di depannya


Huhu.


Penat. Kami mengalah.


Tetiba datang seorang jiran kami yang prihatin

Membawa sesikat pisang

Umpan habuan untuk Sang Monyet


Sang Monyet perlahan-lahan beredar girang

ke arah jiran sebelah tersebut


"Monyet ni sebenarnya jinak, bijak.
Lagi kita cuba takutkan dia;
Lagi berani dia dengan kita."

Sang Monyet berlalu pergi...


*********

Mengapa perlu bertindak dalam keadaan panik?

Tenangkan diri would be much more better

So that Sang Monyet akan berlalu pergi by its own


Sang Monyet pun makhluk ciptaan Tuhan

Punya hak untuk kembara ke mana yang dia suka

Sebagaimana aku bebas untuk menikmati alam sekitar,

Begitu jugalah pada Sang Monyet...

Mengapa perlu aku halang gerak gerinya?

Lagi satu
Layak ke aku untuk mencarut MONYET JAHAT
pada Sang Monyet yang tak punya akal itu?
BAIK sangat ke aku sebagai manusia yang punya akal ni?

Uhuk.
Aku tunduk kesal.

0 nota kaki: